Lapar puasa terketar-ketar,
Bila berbuka lega rasanya;
Kad raya tak sempat nak hantar,
Ucap kat blog ni pun dah kira grand lah ye! ;)
(mungkin ada yg pernah baca pantun ini, fine, copy paste okies! =p)
Di sini, saya Nur Afifah Khairunnisyak Binti Md. Shaifuddin ingin menghulurkan sepuluh jari tangan saya dan memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri saya, atau yang tidak berapa nak mengenali diri saya, atau yang nak berkenalan dengan saya (hahaha! =)) and semua pembaca blog ni... Seribu kemaafan saya pohon sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersinggung hati sesiapa, terguris di mana2... Saya betul2 minta maaf!!!
Especially kepada kawan2 saya, andai ada silap & salah saya, TOLONG, jangan simpan di dalam hati... Buang yang keruh, ambil yang jernih... dan jika sukar untuk memaafkan saya, ingatlah ikatan persahabatan yg terjalin(cewah!)... Setiap hari kita semakin dewasa, harapan saya, setiap hari juga lebih bermakna...
Sempena lebaran yang menjelang ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada SEMUA! Semoga syawal ini indah jer!!! Bersyukur atas apa yg kita ada ya! ;)
MAafkan kekhilafan & kesilapan perbuatan & tutur kata saya ya! =)
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin!
Sekian sahaja ucapan raya yg x seberapa dari saya =p
Sekian~
Salam~
No comments:
Post a Comment