Assalamualaikum & hi!!!
Finally siri Yang Tahu Je Tahu #YTJTtheSeries telah pun melabuhkan tirai dengan episod terakhir yang ditayangkan Jumaat lepas, 9/2/2024.
Dibarisi pelakon-pelakon pelapis dan muka-muka baru industri lakonan tanah air, I would say this series was a success. Lakonan mantap, and jalan cerita memang terbaik. Seolah-olah mengadaptasi dari kes buli yang berlaku di dalam negara kita ini baru-baru ni, siri Yang Tahu Je Tahu yang ditayangkan di Astro Ria ini banyak memberi pengajaran kepada semua peringkat bukan sahaja pelajar, malah tenaga2 pengajar & ibu bapa.
Synopsis
Siri Yang Tahu Je Tahu berkisarkan kehidupan pelajar-pelajar berasrama, form 4 & form 5, di Sekolah Sains Bandar Mega. Konflik bermula apabila Pak Guard menemui salah seorang pelajar iaitu Borhan (Areef Amran), yang terbaring di atas tanah, dipercayai jatuh daripada tingkat atas bangunan sekolah.
Soal siasat mula dijalankan oleh pihak polis.
Pelajar-pelajar, guru-guru, staff2 sekolah disoal siasat oleh Inspektor Jah (Elyana) & Sarjan Hanbali (Idzam Ismail).
And then there goes many flashbacks.
Di awal episod, episod 1-4, penonton sendiri tak dapat meneka apakah kejadian sebenar yang berlaku kepada Borhan.
Ada yang mengatakan bahawa Borhan cuba membunuh diri.
Manakala semua watak-watak yang rapat dengan Borhan disoal-siasat satu demi satu.
Kebanyakan watak-watak terlihat mempunyai motif yang tersendiri. So, kita sebagai penonton pun ágak keliru.
Tapi bermula dari episod 5 dan seterusnya, kejadian sebenar mula muncul. Penonton mula disajikan dengan permainan emosi, bercampur-baur, dan penonton hanya tidak sabar menunggu pihak berkuasa, merungkai misteri sebenar kejadian yang berlaku terhadap Borhan.
Casts
Areef Amran (Borhan), Arabella(Safira), Darien Aeldra (Marzuki), Wafiy Aan (Harris), Idan Aedan (Adi), Shania Hendriks (Elisa), Asyiqeen Rozlan (Jannah), Farhana Fahizam (Murni), Kim Azzim (Haikal). ,Zack Aiman (Zamani),
Jenjooz (Tajuddin, Abang Borhan), Elyana (Inspektor Jah), Idzham Ismail(Sarjan Hambali), Amyza Aznan (Ibu Borhan), Haeriyanto Hassan (Ayah Borhan), Rashidi Ishak (Coach Basketball), Hawa Rizwana (Cikgu Hana)
In Conclusion
Kesimpulannya, selepas Project Anchor SPM & Project High Council, Yang Tahu Je Tahu Adilah satu lagi naskah yang wajib ditonton dan diambil pengajaran oleh semua pihak, especially, kita sendiri,
'Cause to me, semua pelajar, anak-anak bawah umur ni, they're just kids, kita yang dewasa kena bertanggungjawab, mengawal, mendidik, marah, betulkan, mereka yang berbuat kesilapan ni. Kena ajar anak-anak tentang emosi, EQ is very important too!
Kita orang dewasa yang selalu buat salah sebenarnya, contoh: bila anak dapat result baik, kita sorak-sorakkan; bila dapat yang kurang baik, nak mempersalahkan? Sedangkan kita memang aware, dalam hidup ada turun naik. Menjadikan ada sesetengah anak, tak pandai kawal emosi bila berdepan kejatuhan/kekalahan. Suka judge & menilai!
Ini yang berlaku dalam #SiriYTJT apabila pelajar-pelajar yang tak terlibat secara langsung, takut sangat nak mengadu, hanya sebab, takut dibuang sekolah, takut dimarah ibu bapa lettew, kan!
Besar eh tanggungjawab kita orang dewasa ni...
So kita as parents, paling lah, jangan judge anak and jadi lah pendengar yang paling memahami untuk anak-anak...
Eh panjang pulak aku syarahan...
So, for those who haven't watch Yang Tahu Je Tahu, can stream it from Astro On Demand, NOW!
No comments:
Post a Comment