Assalamualaikum & hi 💚
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menganjurkan Program Fit Zakat 2023 sekaligus melancarkan Kempen Year End Zakat (YEZ) 2023 di Taman Tasik Metropolitan Kepong pada 18 November (Sabtu) yang lepas.
Fit Zakat 2023- Fun Run 2023
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik tau sepanjang program berlangsung.
Aktiviti pertama ialah Fun Run 2023 by PPZ di mana larian bermula (flag off) pada jam 7.30 pagi.
Kalau nak tahu, I pun mengambil kesempatan ini untuk join Fun Run ni! Since larian hanya untuk 3km sahaja, so Fifah rasa masih dalam lingkungan kemampuan Fifah 😆
Setiap peserta mendapat T-Shirt, Goodies Bag & juga medal!
Fun Run 2023 |
Bersama rakan-rakan blogger yang sama-sama memeriahkan acara ini. |
Fit Zakat 2023- Aktiviti-aktiviti lain
Selain Fun Run, banyak lagi activiti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur semasa acara berlangsung, seperti: Senamrobik, pertandingan mewarna, cabutan bertuah, serta Penampilan maskot Ustaz Amil, Umar & Hana, dan banyak lagi.
Terdapat juga pelbagai booth booth jualan yang dibuka ketika event berlangsung!
Senamrobik bersama Cikgu Ikhwan & the gang! |
Of course sis pun join juga! |
Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak |
Pertandingan mewarna. |
Antara aktiviti yang disediakan untuk anak-anak di Fit Zakat 2023 |
Rifqi sempat makan ice-cream sambil menikmati activiti-aktiviti di sana. |
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, menggunakan pendekatan dakwah bil hikmah, kempen ini juga merupakan antara inisiatif PPZ-MAIWP untuk mempromosi dan menyebarluas dakwah zakat kepada semua lapisan masyarakat Islam di Malaysia.
“Bertemakan Makna Kaya Sebenar, kami ingin mengajak masyarakat untuk tidak menilai kekayaan dengan hanya memiliki harta dan material mewah yang melimpah ruah tetapi kekayaan sebenar adalah terletak di dalam hati, apabila kita memberi dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.”
Tambah beliau lagi, sepanjang bulan Disember, 10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 4.45 petang setiap hari termasuk cuti umum dan pada setiap Jumaat serta minggu terakhir Disember, waktu operasi akan dilanjutkan hingga 9.00 malam disamping mengadakan Hari Bersama Pembayar dengan menyediakan jamuan makan bagi meraikan pembayar.
Portal zakat.com.my
Terdapat juga pelbagai kemudahan lain seperti pembayaran atas talian melalui portal zakat.com.my, aplikasi MyZakat, perbankan internet, ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP dan banyak lagi.
Penaja bersama
Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman turut menzahirkan penghargaan kepada para penaja CIMB Islamic Bank Berhad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), GoPayz serta rakan-rakan strategik antaranya MAIWP dan JAWI, kerana turut terlibat dan menaja program Fit Zakat 2023 serta Kempen Year End Zakat tahun ini.
Dalam program yang sama, PPZ-MAIWP turut mengadakan solidariti untuk Palestin bagi mendoakan saudara-saudara seIslam di sana agar dibebaskan dari penindasan rejim Israel. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga telah memperuntukkan sebanyak RM2,036,864.60 bantuan kemanusiaan untuk disalurkan ke Palestin.
Hadiah menarik sepanjang tempoh kempen berlangsung
Tarikh kempen: 18 November - 31 Disember 2023
Istimewa untuk pembayar yang membuat bayaran zakat sepanjang kempen ini berlangsung berpeluang memenangi lebih 1,000 hadiah menarik yang seperti Pakej Umrah, Thermomix, Telefon Pintar dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment