Assalamualaikum & hi all! 💕
Have you guys bought your baju raya already?
Beli sikit2 dulu?
Yeah, I pun... Sikit2 lama2 jadi bukit, right! 😉
Baju raya menjadi satu perkara wajib bagi semua orang especially buat para wanita dan ibu-ibu yang teliti melengkapkan persiapan berhari raya buat keluarga. Bagi yang mencari kelainan untuk Aidilfitri tahun ini, BUTIK CHENTA LUNAR menawarkan konsep “Celestial In Style” buat semua.
Aik, kenapa semua toleh ke belakang tu? 😂 |
Antara koleksi Raya tahun ini... |
My kind of colors, and my two favourite pieces ♡ |
Celestial In Style
I love the concept!
Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman.
Baju Burung klasik yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan ☀🌧 |
Kebaya juga merupakan pakaian traditional yang masih menjadi pilihan rata2 wanita Melayu, juga wanita2 selain Melayu. |
Butik Chenta Lunar
Butik Chenta Lunar diinspirasikan oleh seorang wanita yang bersemangat dalam memperjuangkan keinginan hidupnya, dalam usaha bangkit selepas pandemik, di samping mahu memberikan peluang kerjaya kepada orang ramai.
Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali orang orang ramai.
Variasi Busana Hari Raya 2023
Dan tahun ini membawakan variasi busana untuk hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi. Bagi anda yang ingin mencari baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar. Selain itu, baju kurta eksklusif turut dijual.
Kurung Modern with kimono wrap style |
Printed Kurung Moden |
Loose Kurung Moden |
Jubah Dress |
Pleated Skirt |
Blouses |
Kids Kurung |
Cookies, chocolate and other souvenirs |
Bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi yang membeli belah melebih RM150 ke atas, tersedia free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar. WOW!!!
Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah.
PROMOSI HARI RAYA
Bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 konsep baju raya Ibu & Anak akan dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Konsep “Mother Daughter Type” ini memberikan kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung.
Bertepatan dengan trend masa kini di mana si ibu atau ayah menggayakan bukan sahaja warna, tetapi juga design yang sama dengan anak2 mereka 💓
Antara Mother-Daughter matching designs. |
Comel sangat kids kurung here! |
Kids kebaya pun ada! |
Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya. Perkhidmatan ini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainan Butik Chenta Lunar.
Menjelang kedatangan Syawal tidak lama, datanglah beramai-ramai ke Butik Chenta Lunar yang menjanjikan rekaan dan warna menawan.Sudah tentunya akan memberikan anda sekeluarga banyak pilihan untuk lebih bergaya di hari raya!
Done shopping! |
Contact Details
Address
65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam
(Bersebelahan dengan PKNS Biz Point)
Tik Tok
Operation Hour
10.00 pagi sehingga 7.00 malam
(Isnin tutup)
No comments:
Post a Comment