Thursday, November 7, 2024

JOBBIE X Makna : Pink Wobbly Breast Odyssey

Assalamualaikum & hi!


Pertama sekali, Fifah berasa sangat bertuah kerana berpeluang menjadi sebahagian dari program yang sangat bermakna ini, khususnya buat para wanita-wanita di negara kita.



Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Oktober Pink), jenama mentega

kacang semula jadi terkenal, JOBBIE mengumumkan kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia

(MAKNA) untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan khas yang diberi nama “Pink Wobbly Breast Odyssey”.


    



Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) dihadiri lebih daripada 100 tetamu yang terdiri daripada orang awam, tetamu VIP, kolaborator, ahli media dan content creators.



Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara sambil menyokong inisiatif kesihatan payudara MAKNA. Antara nama-nama terkenal yang hadir adalah Timbalan GM MAKNA, En.Vemanna Appannah, dan pempengaruh media sosial Maryam You Narae, juga dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi.










Ketika pelancaran kempen, JOBBIE memperkenalkan edisi terhad 5,000 balang kaca Jobbie merah jambu yang direka khas dengan label “Pink Wobbly Breast Odyssey”. Setiap balang menampilkan maklumat kesedaran kanser payudara dengan reka bentuk berwarna merah jambu yang menarik, melambangkan perjalanan dan keberanian individu yang menghidap penyakit ini. Untuk setiap balang yang dijual, RM1 akan diderma kepada MAKNA untuk menyokong program kesihatan payudaranya, demi membantu menyediakan sumber maklumat dan rawatan bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara.








En. Victor Chin, Ketua Pegawai Eksekutif JOBBIE menjelaskan, “Kerjasama JOBBIE dengan MAKNA merupakan peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil peranan aktif dalam memahami dan mempromosi kesihatan payudara. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa, dan 'Pink Wobbly Breast Odyssey' menggalakkan setiap individu untuk menyebarkan pengetahuan, menyokong pesakit dan menyumbang kepada penyelidikan dan rawatan kanser payudara.

“Di JOBBIE, kami percaya bahawa sebagaimana mentega kacang kami menyebarkan kegembiraan, kami ingin menyebarkan sedikit harapan, semangat dan sokongan kepada pejuang dan pemandiri kanser payudara melalui inisiatif ini. Komitmen kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih baik dan lebih sihat,




Aktiviti-aktiviti ketika Acara berlangsung


Pameran Wobbly Breast Hall of Fame turut menampilkan maklumat tentang

kempen serta karya seni yang diilhamkan oleh Reka Bentuk Wobby Breast. Peserta-peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri dan menerima saringan kanser payudara percuma, disediakan oleh penaja kami, Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2).





Melawat Pameran yang disediakan pihak penganjur untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kanser payudara.



Aktiviti mewarna



Karya Fifah yang telah siap!


Salah satu slot untuk belajar lebih tentang simptom2 kanser payudara.



Acara pelancaran kempen turut menampilkan pakar kesihatan dan pemandiri kanser untuk berkongsi pandangan praktikal tentang penjagaan dan pengurusan kanser.


Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), membincangkan hal kesihatan wanita, menekankan kepentingan saringan awal seperti mamogram dan pemeriksaan payudara diri pada pelbagai peringkat kehidupan.



“Pengalaman hidup wanita dipengaruhi oleh pelbagai risiko dan implikasi kesihatan melalui pelbagai peringkat kehidupan mereka. Ini termasuk perubahan hormon, menopaus dan yang terutamanya kanser payudara. Dalam peranan kami dalam ginekologi, kami menekankan kesihatan umum wanita, kebersihan dan kesejahteraan, dan dalam kes kanser payudara, menasihati cara-cara tertentu untuk mengurusnya dengan rawatan, terapi hormon dan rancangan pengurusan kesihatan wanita secara keseluruhan. Adalah penting bagi wanita untuk mendapat maklumat tentang kesihatan payudara dan memantau risiko dan perubahan kepada tubuh mereka dan mengamalkan rejim gaya hidup sihat. Saringan berkala dan pengesanan awal adalah penting bagi mencegah kanser payudara atau menjalani rawatan pada peringkat awal,” kata Dr Haliz.



Pengacara, pemandiri kanser dan aktivis Choo Mei Sze berkongsi pengalaman dan kejayaannya sendiri

mengharungi kanser, memberi dorongan kepada mereka yang menghadapi cabaran yang sama. “Perjuangan menentang kanser merupakan perjalanan yang sunyi dipenuhi dengan suka duka terutamanya pada usia muda, jadi menerima sokongan dari keluarga dan orang tersayang sangat penting. Kuncinya adalah untuk bersemangat dan berfikiran positif serta mengambil langkah untuk mengurus penyakit dengan maklumat yang betul serta rawatan. Saya amat berbesar hati untuk menyertai inisiatif ini dan berkongsi perjalanan peribadi saya dengan harapan dapat mengilhamkan mereka yang sedang memerangi pertarungan mereka sendiri.”





Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif “Pink Wobbly Breast Odyssey” Jobbie, sila lawati


www.jobbienutbutter.com.

 

No comments:

Post a Comment